Saturday, April 17, 2010

Redha & berlapang dada lah

Firman Allah SWT:
"Maka
sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal." [Asy Syuura, ayat 36 ]

Aku mulakan dengan firman Allah yang menginsafkan dan mengingatkan aku agar berlapang dada dengan segala ketentuan dan dan kenikmatan hidup di dunia.

Hari ini aku menerima keputusan mengenai
performance rating sepanjang tempoh perkhidmatan FY 09/10. Tidak seperti yang ku duga kerana jika dilihat tahap perkhidmatanku sepanjang tahun, Insyaallah aku telah melakukan dengan cemerlang. Malah aku dikatakan menjadi ikon bagi teman2 sejawatan ku kerana attitude ku yang agresive, proactive and quick leaner. Tetapi rating berubah ketika perbincangan peringkat business unit.Aku menerima keputusan ini dengan hati yang sedikit sedih kerana aku sudah mula merancang menggunakan performance bonus itu untuk membawa kedua orang tua ku menunaikan umrah tahun depan. Tapi, segera aku tersedar. Rating itu tiada apa2 jika dibandingkan dengan ibadah dan keikhlasan ku bekerja sepanjang tempoh tahun lepas. Aku mengenang kembali saat2 yang lepas. Pasti ada hikmah yang terselit yang pasti ingin menyedarkan aku atas kesilapanku dan kelemahanku sepanjang tempoh itu. Sebenarnya, bukan tempoh itu sahaja, tetapi sepanjang tempoh diriku 'berkhidmat' untuk Allah!

"Sesiapa berbuat baik, maka kembali kebaikannya itu kepada dirinya, dan siapa berbuat jahat, maka kembali kejahatannya itu kepada dirinya." [Al-Israk, ayat 7]

Jika dilihat balik perkhidmatan kepada Allah vs perkhidmatan kepada syarikat, mana satu yang aku lebihkan? Adakah cukup
balance yang aku lakukan atau sebaliknya? Firman Allah di atas sudah cukup menjelaskan banyak kelemahan dan kesilapan yang aku lakukan. Mungkin secara mata kasarnya, kerja2 yang aku lakukan cukup cemerlang, tapi bagaimana tanggungjawabku pada pencipta? Cukup cemerlangkah? Tidak! itulah jawapan pertama yang keluar dari hatiku. bukan dari mulut. Mulut bisa berbohong, tp tidak hati. Sekiranya hati sakit, maka sakitlah keseluruhan manusia itu.


Mungkin inilah antara hikmahnya aku dihantar ke sini. Selain meningkatkan mutu perkhidmatanku pada syarikat, aku juga MESTI meningkatkan mutu perkhidmatanku kepada Maha Pencipta. Bila ditimbang, ternyata tidak sebenarnya balance! Bagaimana mungkin aku boleh mengatakan aku telah memberi perkhidmatan yang cemerlang? Contohnya, kerana mengejar stretch 2, aku memberi 'diskaun' terhadap amalan yang lain, i.e. solat dihujung waktu, solat ekspress (tonggang tonggek, less than 5 minutes done!). Itu baru yang wajib, belum lagi bila menganalisa yang sunat2, initiatives untuk dapat stretch 2 dengan tuhan pula! Astaghfirullahal a'zim... Banyak yang perlu aku toleh semula untuk muhasabah diri sendiri.

Saat ini juga, persepsi aku tentang
i deserve to get a rating 2 but eventually i got rating 3 berubah sama sekali! Secara automatik, aku merasa redha dan pasrah atas keputusan itu. Semudah itu? Iya! kerana bila kita bermuhasabah semula, layakkah diriku mendapat keputusan sebegitu? Itu baru tanggungjawab dengan pencipta, belum lagi mungkin kesilapan2 kecil atau besar yang aku sedar atau tidak sedar sepanjang tempoh aku ingin mendapatkannya. Tapi, aku bersyukur kerana majikan masih mengiktiraf diriku dan perkhidmatan ku. Aku tahu aku mampu menjadi contoh satu hari nanti, bukan hanya kerana perkhidmatan cemerlang dalam bekerja, malah khidmat kepada tuhan. I was informed that my job performance (rating 2) was overwritted by my leadership result. walaupun overall leadership result was 2, but there was one remark from peer that sinked down my overall performance to 3. Only because one remark! Ini ternyata, aku harus melihat semula kelemahan diriku sebagai manusia, ada ketikanya, mungkin aku kelihatan sebagai role model, tetapi ada ketikanya, tak mungkin aku boleh memuaskan hati semua orang. Itulah yang harus juga ku jaga dan urusi. Dan muhasabah diri itu penting kini untukku bagi menjaga sahsiah diriku untukku menjadi true muslimah disamping hubungan baik dengan Allah dan manusia; "Hablum minallah wa hablum minannas."

Ya Allah, besarnya hikmahMU. Luasnya rezekiMU kepada hambaMU. Aku pasrah, aku redha walaupun niatku untuk berbakti kepada orang tua ku sedikit tertunda. Tapi aku masih mampu berbakti dengan cara yang lain. Paling penting, meningkatkan mutu perkhidmatan kepadaMU hari demi hari. Tiada yang lebih tinggi pengiktirafanMU selain menjadi ahli syurgaMU. itulah sepatutnya
ultimate goal yang sepatutnya ada kepada setiap hamba2MU.


Berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan bagimu, Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahKU akan masuk nerakan jahanam dalam keadaan hina dina.[Al-Mukminun, ayat 60]

Maka, adalah WAJIB bagi setiap Muslim untuk mempercayai rezeki Allah ada di mana asalkan setiap antara kita berusaha dan bertawakal kepadaNYA. Paling penting, tidak melupakanNYA kerana akhirnya Allah akan memberi balasan atau menunjukkan kekuasaanNYA pada manusia yang kufur dengan nikmatNYA atau melupakanNYA. Aku sanagat bersyukur kerana aku disedarkan sekarang, bukannya 2,3 tahun akan datang! Inilah kasih sayang Allah kepadaku dan aku sangat bersyukur. Sudah aku redha atas segala ketentuanNYA dan rezekiNYA kepadaku. Insyaallah aku akan bekerja lebih keras untuk meningkatkan perkhidmatanku, bukan sahaja pada syarikat, tp untuk pencipta ku juga. Berdoa lah dengan konsisten, tulus dan penuh pengharapan, nescaya Allah akan mendengarnya :)



Wallahua'lam.



0 comments:

Post a Comment