Saturday, April 17, 2010

Hadis-hadis Nabi

1) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

2) Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

3) Dari Yahya b. Muadz bahawa dia berkata; "Sesungguhnya didalam perkataan Syaaban mengandungi 5 huruf, yang masing-masing huruf merupakan singkatan anugerah kepada orang yang beriman." - Sahih Muslim

4) Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

5) Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

6) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang sunat atau fardu dengan memakai serban menyamai 25 kali sembahyang yang tidak memakai serban dan sembahyang Jumaat dengan serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban." - Riwayat Ibnu Asakir

7) Nabi s.a.w. bersabda; "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah daripada dosanya 36 kali perzinaan." - Riwayat Ahmad & Atthabarani dari Abdullah b. Handhalah

8) Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

9) Dari Sahl bin Saad r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab mereka masuk berturut-turut sedangkan rupa mereka seperti cahaya bulan pada malam purnama." - Sahih Bukhari

10) Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

11) Nabi s.a.w. bersabda; "Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; i)kikir ii)budi pekerti yang jahat." - Riwayat Atthurmidzi

12) Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.

13) Nabi s.a.w. bersabda; "Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih; kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanilah orang-orang mati dengan kain putih." - Riwayat Ahmad

14) Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ada 2 perkara yang keduanya dapat menyebabkan mereka menjadi kafir iaitu mencela keturunan (orang lain) dan meratapi mayat." - Sahih Muslim


15) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berperang untuk menegakkan (agama) Allah, maka itu fisabilillah." - Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Musa Al-Assyari r.a.


16) Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid sesudah makan dan minum." - Sahih Muslim

17) Dari Anas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Yang menghantar jenazah ada tiga macam, yang dua kembali satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya." - Sahih Muslim

18) Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi bersabda; "Sebaik-baik hari ialah Jumaat kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk Syurga, pada hari itu dia keluar daripadanya dan tidak terjadi Kiamat melainkan pada hari Jumaat." - Sahih Muslim

19) Nabi s.a.w. bersabda; "Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi

20) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah (dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya), seumpama orang puasa yang mengerjakan solat. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan".

21) Dari Abu Aisyah binti Thalhah ia berkata, mengkhabarkan kepadaku Aisyah Ummul mukminin r.a, berkata: "Ketika aku berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, apakah tidak lebih baik kalau kami keluar ikut berjihad bersamamu, kerana dalam Al-Quran tiada aku lihat amalan yang lebih utama daripada jihad." Jawab beliau: "Tidik, kerana sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur.

22) Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan".

23) Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Kelak akan datang suatu masa, di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang lelaki di kuntit oleh empat puluh orang wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu akan terjadi, kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan. "

24) Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki, dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa busana, dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa busana."

25) Rasulullah saw; bersabda: "Seutama-utama dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki yaitu dinar yang dinafkahkan olehnya untuk keluarganya. Dinar yang dinafkahkan olehnya untuk kuda di jalan Allah. Dan dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki untuk teman-temannya di jalan Allah".

26) Kata Jumai' bin Umair: "Pada suatu kali aku bersama ibuku dan mak cikku pernah berkunjung ke rumah Aisyah untuk menanyakan bagaimanakah biasanya yang dilakukan oleh Nabi saw, jika salah satu isterinya sedang haid? Jawab Aisyah: "Biasanya jika salah satu isterinya sedang haid, maka Nabi saw menyuruhnya untuk bersarung dengan sarung yang agak longgar, lalu beliau mengumpuli atau mencumbuinya di bahagian dada dan kedua payu daranya."

27) Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :"Kalau bukanlah kerana pengkhianatan Hawa, nescaya wanita tidak akan khianat selama-lamanya kepada suaminya."

28) Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah (sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak. dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma tidak berbau tetapi rasanya manis Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi baunya wangi tetapi rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah (sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit.
Hadis sahih riwayat Muslim.

29) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

30) Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

31) Dari Yahya b. Muadz bahawa dia berkata; "Sesungguhnya didalam perkataan Syaaban mengandungi 5 huruf, yang masing-masing huruf merupakan singkatan anugerah kepada orang yang beriman." - Sahih Muslim

32) Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

33) Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

34) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang sunat atau fardu dengan memakai serban menyamai 25 kali sembahyang yang tidak memakai serban dan sembahyang Jumaat dengan serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban." - Riwayat Ibnu Asakir

35) Nabi s.a.w. bersabda; "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah daripada dosanya 36 kali perzinaan." - Riwayat Ahmad & Atthabarani dari Abdullah b. Handhalah

36) Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

37) Dari Sahl bin Saad r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab mereka masuk berturut-turut sedangkan rupa mereka seperti cahaya bulan pada malam purnama." - Sahih Bukhari

38) Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

39) Nabi s.a.w. bersabda; "Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; i)kikir ii)budi pekerti yang jahat." - Riwayat Atthurmidzi

40) Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.

0 comments:

Post a Comment