Monday, April 12, 2010

Kerahsiaan dan Kejujuran

Olahan: Iemarahimah

Kerahsiaan (confidentiality) dan kejujuran (honesty). 2 perkara penting yang aku pelajari at office today. Sejak bertukar ke Kertih, aku mempelajari banyak perkara yang membantu karier ku untuk bermula di sana. antaranya audit by external or 3rd party. Dan rentetan dari audit yang di jalankan, bermulalah episod kesibukan dan pembelajaranku di sini. It also led to initiative yang besar. Seperti biasalah, auditor pasti akan sentiasa dari semasa ke semasa menghubungi untuk mendapatkan perkembangan terkini dan semasa. Sebagai orang baru seperti aku, audit adalah antara perkara yang besar yang perlu di handle dengan sebaik mungkin bagi menjamin ketelusan dan ketepatan data. Tapi, sejauh manakah tahap kerahsiaan yang perlu dijaga dan dapat dipastikan agar perkara2 yang tidak sepatutnya diketahui pihak luar? Dan bagaimanakah pada masa yang sama kita perlu menjaga lunas2 kejujuran agar kita tidak berbohong kepada pihak berkenaan tetapi hanya reveal perkara2 yang sepatutnya dengan seringkas yang boleh?

Kerahsiaan (confidentiality)

Kerahsiaan atau di dalam bahasa arab ialah Hazar, ia bermaksud menjaga, mengumpul, menyimpan dengan hati2. Dengan erti kata lain, ia adalah satu sikap berhati2 dalam menjaga dan menyimpan maklumat2 serta himpunan rahsia dari perkara yang menakutkan dan dari orang2 yang benci kepadanya. Perkataan yang sinonim dengannya adalah waspada, di mana seseorang perlu berwaspada dan berhati2 bagi mengurangkan akibat atau risiko yang mungkin akan timbul disebabkan perkara2 yang tidak sepatutnya disebarkan atau diserlahkan. Ada pro and cons bagi seseorang yang mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi. Selalu sahaja dalam pekerjaan, kita di minta untuk menjaga maklumat2 syarikat dengan baik agak tidak jatuh ke tangan pihak pesaing atau lawan. Justeru, terdapat kebaikannya di mana syarikat dapat mengekalkan tahap kebersaingannya dengan pesaing yang lain malahan dapat membantu syarikat mengekalkan tahap kecemerlangan. Antara kebaikan yang lain, kita akan lebih berhati2 dalam mengatur agenda dan perancangan dengan teliti kerana telah mengalami jatuh bangun yang mungkin menyakitkan pada masa lalu. Sekiranya kita tidak membuat kesilapan, kita tidak akan mengetahui apakah benda yang kita lakukan itu benar2 salah ataupun tidak. tetapi, perlulah kesalahan yang di lakukan itu kesalahan yang tidak sengajakan atau tidak diketahui impaknya di masa akan datang. Ini akan menjadikan proses kematangan lebih berhasil.

Namun, terdapat juga kelemahan yang perlu diketahui dari sikap waspada atau kerahsiaan yang tinggi ini. Antaranya merasakan diri seorang yang lemah dan takut pada bayang2 sendiri. Diri akan sentiasa berfikir semua perkara harus dirahsiakan menyebabkan kadangkala sesetengah perkara akan membuatkan orang lain, contohnya dlam situasi bekerja, i.e. pihak pengurusan tidak dapat melakukan keputusan yang wajar dan penting hanya kerana anda terlalu berahsia dan berwaspada. Seharusnya, diri sendiri harus pandai menepis apa yang patut dan tidak patut dikatakan. tetapi tidaklah perlu hingga ke tahap berbohong dan menipu. Itu bukan sahaja merugikan diri sendiri, malahan akan menyebabkan kesusahan dan dimurkai Allah. Dari riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda: "
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…”
Maka, adalah penting untuk sebenarnya mengetahui betapa sifat berahsia itu penting bagi setiap orang, tetapi perlulah diolah dan digunakan pada cara, masa dan tempat yang betul.

Kejujuran (Honesty)

Bagaimana pula kejujuran? Ini adalah antara perkara yang paling penting perlu ada pada setiap manusia. Sabda Rasulullah SAW: "Wajib atas kalian untuk jujur, sebab jujur itu akan membawa kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan jalan ke syurga, begitu pula seseorang sentiasa jujur dan memperhatikan kejujuran, sehingga akan termaktub di sisi Allah atas kejujurannya. Sebaliknya, janganlah berdusta, sebab dusta akan mengarah pada kejahatan, dan kejahatan akan membawa ke neraka, seseorang yang sentiasa berdusta, dan memperhatikan kedustaannya, sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta" (HR. Bukhari-Muslim dari Ibnu Mas'ud). Ternyata, banyak yang boleh kita pelajari dari sabda Nabi di atas. Betapa kejujuran itu penting setiap saat kerana akibat dari tidak jujur atau menipu, manusia akan hilang rasa percaya dan yakin terhadap seseorang itu, dan ia bukan hanya akibat jangka masa pendek, tetapi seseorang akan tetap tidak dipercayai untuk tempoh masa yang panjang. Sekiranya dia diterima, barangkali sedikit sebanyak kepercayaan terhadapnya telah terhakis. Namun, in certain circumstances, perlukah kita menjadi terlalu jujur hingga perlu memberi report yang terlalu detail to your competitor or 3rd party until it trigger something else?


Pendapatku, menjadi seseorang yang jujur adalah sifat yang sangat terpuji, namun perlulah kita membezakan antara jujur atau lurus bendul. Terlalu lurus akan menimbulkan masalah lain termasuk membuka pekung sendiri, contohnya menyerlahkan kelemahan diri sendiri serta kelemahan organisasi. Tidak perlu berbohong, tetapi kata2 perlulah diringkaskan seringkas yang boleh agar tidak banyak rahsia yang akan terdedah. Secara langsung, ia berkait semula dengan kerahsiaan yang dinyatakan di atas, malah berkait dengan hadis nabi di atas juga. Apa yang hendak dikatakan perlu disusun, dan perlulah difikirkan sebelum dituturkan. Firman Allah bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" (At-Taubah :119). Selalunya, seseorang yang berkata jujur kerana membuktikan keikhlasannya dalam berkata2 disamping memelihara kepercayaan masyarakat terhadap dirinya. Tetapi, sejauh mana seseorang dapat menilai dan yakin bahawa keikhlasannya dihargai oleh orang lain atau hanya diambil kesempatan? Apatah lagi, di zaman yang penug cabaran ini, lebih banyak musuh yang bertopengkan manusia yang mengambil kesempatan di atas kejujuran seseorang terutama melalui kata2 yang dituturkan kerana terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata, mampu membinasakan.

Oleh itu, secara amnya adalah penting menjadi manusia yang jujur, namun jangan menjadi lurus bendul hingga menyebabkan kata2 boleh disalahertikan dan mengundang kesulitan di masa akan datang. Walaupun begitu, JANGAN lah sesekali kita menjadi seorang yang munafik, kononnya berkata jujur namun terselindung niat yang tidak baik kerana ia akan merugikan diri sendiri malahan melahirkan persekitaran yang tidak sihat dan generasi yang buruk akhlaknya. Firman Allah SWT,
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, kami mengakui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah Dan Allah SWT mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya, dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu pendusta, mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan" (Al-Munafiquun : 1 - 2). Renung2kanlah dari firman itu wahai rakanku yang dikasihi. Wallahua'lam.







0 comments:

Post a Comment