Sunday, April 11, 2010

Mukadimah seuntai kata

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Sebaik2 pembuka bicara dan kalam. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, isteri2 baginda serta rakan2 yang dikasihi.

Pertama sekali, aku bersyukur dan merasa lega kerana aku berjaya mengumpul kekuatan diri untuk membuka blog ku yang kedua dan blog ini akan lebih berkisarkan perjalanan dan luahan hatiku dalam merentas perjalanan mencari redha dan mengumpul lebih banyak kasih sayangNYA. Kedengaran tamak, tapi kasih sayang Allah tak terbatas, malahan hingga ke syurga. Terima kasih juga kepada beberapa blog yang sering ku buka dan ku baca untuk mendapat inspirasi dan kekuatan dalam mencoret bait2 kalam ku sendiri, antaranya iluvislam.com dan saifulislam.com. Kedua2nya malahan beberapa blog lagi banyak memberi aku inspirasi dan kekuatan dalam mencari haluan hidupku yang lebih diberkati dan lebih diredhaiNYA. Aku bersyukur.

Sebenarnya, di dalam diriku kini terlalu banyak konflik yang harus aku rungkai satu persatu, apakah yang aku inginkan dalam hidup, apakah yang aku perlukan untuk menjadi muslimah yang berjaya dunia dan akhirat, dan apakah yang boleh mendorongku mencapai kejayaan itu. Saat ini aku berada di Kertih, Terengganu, jauh dari tempat kelahiranku, Kuala Lumpur. Jauh dari kebisingan, kekalutan dan kesibukan kota. Semakin bising, semakin kalut, semakin sibuk, semakin jauhlah seseorang itu dari penciptaNYA sekiranya diri tak mampu bertahan apatah lagi sekiranya diri mudah terpengarauh dengan persekitaran. Begitu juga diriku, semakin sibuk mengejar kejayaan dan manfaat dunia, semakin renggang aku dari tuhan. Masyaallah. Ada kebaikannya KAU campakkan ku dari kota New York itu Ya Allah, ada hikmahnya KAU biarkan aku berjauhan dari keluarga ku Ya Allah. Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang dapat ku lihat sejak penghijrahan ku ke sini sejak 10 bulan lepas. Meneruskan kerjaya dan merealisasikan impian menjadi pekerja yang cemerlang. Tapi, semakin lama aku di sini, semakain aku banyak berfikir, bukan hanya pekerja cemerlang yang aku inginkan, tapi tak teringinkah aku menjadi hambaNYA yang cemerlang?

Peluang telah diberi padaku sekarang, seperti kata seseorang yang banyak mendorongku di sini, peluang untuk aku shining dan cemerlang di sini adalah sangat tinggi kerana sikapku yang berani, sangat proaktif dan stand up. Aku bisa mengecapi kejayaan, berbaloi dengan usaha ku. Aku berterima kasih, bersyukur kerana ada insan yang banyak memberi aku peluang dan mempercayai bakatku dalam mengembangkan syarikat dan kebolehanku. Setelah aku hampir mengecapinya buat kali pertama, aku terfikir... Ini sahajakah yang mampu ku lakukan? Apa lagi yang mampu membuat aku stand up dan berjaya? Tapi dunia sahaja kah? Selidik punya selidik, ku rasakan... aku sudah lama agak renggang denganNYA. Tidak selalu lagi menganyam rindu, cinta dan pujuk rayu kepadaNYA. Mudah melupakanNYA tatkala aku dihambat kesibukan kerja. Tapi DIA beri aku jalan. Beri aku peringatan demi peringatan yang DIA semakin merinduiku kerana aku mengasingkan diri dariNYA sekian lama. Dan itulah antara motif DIA mencampakkan aku di sini, jauh dari hanya bergesel dengan big bosses di Key Hell, malahan mengajak aku mendekatkan diri kepadaNYA semula.

Argghh...sungguh indah waktu2 dahulu. Aku sangat mencintai dunia dan ilmu taranum Al-quran. bertasmik dan bertalaqi bersama rakan2 seperjuangan dan guru merupakan one of the best moment that i had. I wish i could turn back time, menjadi murid yang lebih rajin sedikit, itu sepatutnya lebih senang ku lakukan ketika di ibukota kerana kelas pengajian hanya 2x sebulan, dan tiada sebab aku tidak boleh menghadirkan diri ke majlis ilmu itu. Tapi, kerana disiplin diri yang merosot, kerana mengejar gading dunia, membuatkan aku lupa seketika, dan tatkala aku berada di sini pula, aku semakin teringat2 segala kenangan lama yang menggamit aku. Indahnya saat itu. Rindu mendengar alunan2 taranum dari qari dan qariah tersohor dan disegani seperti Kak Ila (Sh Khasif Fadzilah, qariah antarabangsa malaysia), Amirrahman, Anuar Hasin, Ustaz Anuar, Ustaz Wan, Ustaz Nik, Ustaz Rahim (guru kami), Adik Muhammad, Kak Lin (Kak Malina yang disayangi. Tatkala ini aku merindui kakakku yang seorang ini), Suhaiza, Kak Yam, Kak Norul Hasliza, kak Yati dan ramai lagi. Betapa aku merindui saat2 gurauan dan usikan mereka semasa kelas, mendengar bacaan Al-Quran yang mengasyikkan. Aku kira, telingaku sudah hampir mahu bernanah kerana setiap hari disogok dengan lagu2 yang ntah hapa2, kerana itu aku sudah bertukar hampir sepenuhnya kepada IKIM dan mendengar Mp3 nasyid. Aku perlu makanan rohani ini, jika tidak, semakin berbisa lah hatiku tanpa ubat dan penawar.

Hari demi hari, aku berdoa dan berharap agar konflik yang melanda hati dan diriku dapat dirungkai satu persatu, insyaallah. Maka, eventually, kebahagiaan akan bertandang di hati dan diri dan kesempurnaan yang di cari akan terbentang untuk disempurnakan. Bukanlah makhluk yang maksum, namun aku mahu berusaha menjadi yang terbaik dan mendapat kasih sayangNYA ayang tak bertepi. Seperti kata2 Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, "Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan, hilangnya permusuhan, hidup dihiasi amal soleh dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa nafsu". Aku berdoa semoga hatiku kuat untuk melayari cabaran hidup sehari2 demi keredhaanNYA dan kebahagiaan hidupku di dunia dan akhirat. Ameen...

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment