Wednesday, April 21, 2010

Bagaimana isteri2 sentiasa dara?

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya ingin berkongsikan tips yang didapati dari salah satu ceramah agama yang disampaikan oleh ustazah Dr. Fatma El-Zahra, seseorang yang tidak asing lagi dikalangan pencinta ilmu. Walaupun ilmu ni mungkin applicable untuk mereka yang bergelar isteri sahaja, tetapi jika ada para suami yang melayari blog saya, bolehlah dikongsikan tips ini kepada isteri anta supaya mendapat manfaat dan faedah yang meluas. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah :)

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan).

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:(56.35):
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36). Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. "

1 comments:

Hana Faza-same person said...

Terima kasih berkongsi ilmu berguna utk para isteri :)

Post a Comment