Wednesday, April 21, 2010

Orang ikhlas itu tertindas?

Bismillahirrahmanirrahim...

A very good article to share with you guys. Aku mendapat artikel ini dari seorang rakan menerusi forwarded e-mail. Sekiranya ia membawa manfaat kepada ramai orang, aku tidak akan keberatan untuk berkongsi ilmu di dalam blogku. Hayati artikel di bawah dan berfikirlah kebaikannya melakukan setiap perkara dengan IKHLAS. Seperti firman Allah SWT :

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.” [ Al-An'am, ayat 62-63]

Demikian juga Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :
“Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh Muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.”

Hayatilah perkongsian di bawah dan semoga beroleh manfaat :)

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang."Mengapa?" balas saya."Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.

Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan."Oh ramai encik…"

"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik…" ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi."Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya."Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…" kata saya perlahan. Hampir berbisik."Maksud encik?"

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."

"Tidak pernah saya terfikir begitu encik…"

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."

"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"

"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"

"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…"Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi.

Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti."Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.""Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'"Pasti ada! Insya-Allah.""Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!""Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan."Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!""Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."

"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.""Maksud encik?""Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.""Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"Giliran saya pula tersenyum.

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?""Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…"

"Maksud encik?""Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.""Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?""Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran."Tetapi Allah tidak berhenti memberi… " kata kakak itu perlahan.

"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"

"Ah, kita terlalu ego…"Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wallahua'lam.

Bagaimana isteri2 sentiasa dara?

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya ingin berkongsikan tips yang didapati dari salah satu ceramah agama yang disampaikan oleh ustazah Dr. Fatma El-Zahra, seseorang yang tidak asing lagi dikalangan pencinta ilmu. Walaupun ilmu ni mungkin applicable untuk mereka yang bergelar isteri sahaja, tetapi jika ada para suami yang melayari blog saya, bolehlah dikongsikan tips ini kepada isteri anta supaya mendapat manfaat dan faedah yang meluas. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah :)

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan).

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:(56.35):
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36). Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. "

9 sebab hati tidak bahagia

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MA'SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq. Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yg diminum tetap tidak habis juga. Lagipun org tamak selalu rugi. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak, takabbur dgn apa yg kita ada.

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Pabila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannya, yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTAL nya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH. Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam

Tuesday, April 20, 2010

Why we are not allowed to believe on horoscop?

Bismillahirrahmanirrahim...

Ku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit tazkirah dari seorang hamba Allah yang juga merupakan seorang sahabat semuslim. Ini adalah rentetan dari forwarded e-mail from my friend about horoscope, and he was giving a very constructive and good idea for us to take a break and think about it. All this while, most of the people including me (one time ago), has so much believe on the horoscope. But, do we realize that the horoscope is kinda game that fool our faith to Allah and try to change our believe to Allah as the mighty one that has arrange everything, good and bad in our lives? Sama-sama kita renungkan...

Written by: Brother Ahmad Tarmizi Abd Wahab.

Assalamu’alaikum my dear Brothers and Sisters,

Bismillah ar-Rahmaan ar-Raheem,

I ask Allah to provide us with constant guidance from Him ‘azza wajall, for whomever Allah guides will never go astray, and whomever Allah leads astray will not find guidance from other than Him.

This kind of email (on horoscope) has been circulating among us for quite a while, as if there is nothing wrong with this issue. This is indeed a very sad phenomenon and has alarmed the need for some explanations, bi izni-Allahi wa hudaahu wa ‘inaayatihi.

As Muslims, we are obliged to know that horoscopes, zodiac signs, astrology or anything similar to it, is a form of fortune-teller, and believing in it is a clear cut major shirk which leads to kufr (disbelieves). Astrology claims to predict the destiny and personality of people based on the activities of planets. The truth is, as Allah The Most High says in the Qur’aan,

"With Him are the keys to the unseen and none knows it except Him {6:59}"

Whatever will happen in future is only known to Allah, and was already written by the Pen long time before the creation of mankind. Allah discloses not the unseen matters to anyone except to a messenger whom He is pleased with. Only Allah knows whether we will be successful in our business or not, or whether we will get married before the age of 30 or not. The hikmah then is for us to strive at our best to achieve something, and the end result is within His Hands (subhaanahu wa ta’aala).

The Prophet (Allah bless him and give him peace) has also given his beloved Ummah enough warning regarding this matter that we should never ignore them, as He said:

“Whoever goes to a soothsayer or fortune-teller and believes what he says has disbelieved in what has been revealed to Muhammad.” [Ahmad]

And,

"The Salaah of whoever approaches a fortune-teller and asks him about anything will not be accepted for forty days and nights." [Muslim]

Shirk (to associate partner with Allah subhaanahu wa ta’aala) is the only sin that is not forgiven by Allah (we seek refuge with Allah from it), and as Muslims who hope to see Allah in the Day of Judgment with safety, tranquility and pure clean aqeedah, we need to stay away from this sin as far as possible. As what Ulama’ have said, even going to visit the fortune-teller, buying books on astrology, and reading one’s horoscope are all acts of major sin themselves. This is the teaching of Islam; it strikes hard at the root and closes every door that can possibly lead to a sin. This is the way of our master our beloved Prophet, his sahaabah and the pious predecessors after them. Shirk is so great that whoever has committed the sin needs to completely repent and renew his/her syahaadah.

The confusion creeps in when some of us choose to stand by the platform of “good will”, “respect others” or “having fun”. This has been the case for most of the situation when we see some Muslims read on horoscope and laugh together with their fellow disbelievers, or when some Muslims celebrate Christmas with their co-workers etc. Having fun is permissible in Islam as long as it is bounded by the Islamic rules. Seeking fun in things that can cause Allah’s wrath is something that true believers should stay away from.

Talking about celebrating Christmas, it is very affecting to see Muslims in Malaysia start to celebrate the birthday of Jesus just as the Christians do. Everywhere in newspaper, TV, or Facebook, we can see a number of Muslims being proud with their wearing Christmas attires, their holding Christmas dinner, and sometimes their wishing and praying to Santa. Muslims nowadays have lost touch on (or some even forget the warning from Rasulullah sal-allahu ‘alaihi wasallam on) the danger of imitating the disbelievers and how Islam strictly disapproves it. The Messenger (Allah bless him and give him peace) said:

"Whosoever imitates a nation is amongst them ” [Abu Daud].

Imitation, which is prohibited, is effected in one of the following two ways:

a) One does something with the intention of imitating the Kuffar (disbelievers), meaning one does so because one wants to be like a particular disbeliever; and

b) Doing something that is unique and exclusive to the disbelievers or it is part of their faith. This will also be considered imitation, thus Haram (unlawful). (See the Fatwa of Shaykh Mufti Taqi Usmani)

What are we celebrating Christmas for? Allah has already provided Muslims with two Eids, in which we can enjoy ourselves and thank Allah for His blessings. Our Prophet (Allah bless him and give him peace) was so meticulous in being different from the Jews and the Christians, that He even ordered the men to trim the moustache and leave the beard, and He even parted his own hair on a different side of the head as from those people. We, on the other hand, feel ashamed to dress and look like Muslims, and look up to the way the disbelievers talk, dress, and live their lives. For what? Are we seeking recognition from them? Allah The Most High says,

"Are they (the ones who take the disbelievers as their helper) seeking honor/strength from them (the disbelievers)? Indeed, the honor/strength, all of them, belongs to Allah {4:139}"

As Shaykh Faraz said, good will is cultivated by being realistic and working together on matters of common concern. We can always co-operate with people from different religions in common causes, but not by celebrating Christmas together. Yes, we can (or, rather, should) work with them for moral and social issues, but sitting through a ceremony in which shirk is committed is just intolerable. Our stand, as our Sayyid Umar al-Khattab (Allah be pleased with him) expressed it, should be that we respectfully tolerate others’ beliefs and then leave them to that which they believe. We don’t respect their actual beliefs, and there is no reason or wisdom in explaining that to them.

Brothers and Sisters in Islam,


Indeed Allah has provided his best creation, namely mankind, with 1001 desires and feelings, but with them come along His Noble Books, His Messengers and the Best Messenger Muhammad, the delight of our eyes, sal-Allahu wasallama ‘alaihi wa’alaihim ajma’een. Whoever seeks to please one’s desire beyond the Divine Guidance has transgressed against Allah’s right and in the end against one-own-self. Whoever stays away from the gray area has protected one’s religion. Why are we busy looking for these kinds of entertainment, while we only understand about 10% of what we say in our Solaat everyday and there are thousands of books on Solaat and Arabic available in the bookstores?

This is indeed a test for us, and Allah has promised to grant the highest and unimaginable rewards to those who pass the test. So let us revive our emaan and love for Rasulullah sal-Allahu ‘alaihi wasallam and his companions, and concentrate on the eternal, everlasting reward that Allah has promised the true believers in the afterlife.

And Allah alone gives success.


Wallahua'lam.

Kenyataan hidup disebalik permainan ini...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.

Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. 'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....' 'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.'

'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... ' 'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid. 'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. ALLAHUAKBAR!!

Saturday, April 17, 2010

Redha & berlapang dada lah

Firman Allah SWT:
"Maka
sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal." [Asy Syuura, ayat 36 ]

Aku mulakan dengan firman Allah yang menginsafkan dan mengingatkan aku agar berlapang dada dengan segala ketentuan dan dan kenikmatan hidup di dunia.

Hari ini aku menerima keputusan mengenai
performance rating sepanjang tempoh perkhidmatan FY 09/10. Tidak seperti yang ku duga kerana jika dilihat tahap perkhidmatanku sepanjang tahun, Insyaallah aku telah melakukan dengan cemerlang. Malah aku dikatakan menjadi ikon bagi teman2 sejawatan ku kerana attitude ku yang agresive, proactive and quick leaner. Tetapi rating berubah ketika perbincangan peringkat business unit.Aku menerima keputusan ini dengan hati yang sedikit sedih kerana aku sudah mula merancang menggunakan performance bonus itu untuk membawa kedua orang tua ku menunaikan umrah tahun depan. Tapi, segera aku tersedar. Rating itu tiada apa2 jika dibandingkan dengan ibadah dan keikhlasan ku bekerja sepanjang tempoh tahun lepas. Aku mengenang kembali saat2 yang lepas. Pasti ada hikmah yang terselit yang pasti ingin menyedarkan aku atas kesilapanku dan kelemahanku sepanjang tempoh itu. Sebenarnya, bukan tempoh itu sahaja, tetapi sepanjang tempoh diriku 'berkhidmat' untuk Allah!

"Sesiapa berbuat baik, maka kembali kebaikannya itu kepada dirinya, dan siapa berbuat jahat, maka kembali kejahatannya itu kepada dirinya." [Al-Israk, ayat 7]

Jika dilihat balik perkhidmatan kepada Allah vs perkhidmatan kepada syarikat, mana satu yang aku lebihkan? Adakah cukup
balance yang aku lakukan atau sebaliknya? Firman Allah di atas sudah cukup menjelaskan banyak kelemahan dan kesilapan yang aku lakukan. Mungkin secara mata kasarnya, kerja2 yang aku lakukan cukup cemerlang, tapi bagaimana tanggungjawabku pada pencipta? Cukup cemerlangkah? Tidak! itulah jawapan pertama yang keluar dari hatiku. bukan dari mulut. Mulut bisa berbohong, tp tidak hati. Sekiranya hati sakit, maka sakitlah keseluruhan manusia itu.


Mungkin inilah antara hikmahnya aku dihantar ke sini. Selain meningkatkan mutu perkhidmatanku pada syarikat, aku juga MESTI meningkatkan mutu perkhidmatanku kepada Maha Pencipta. Bila ditimbang, ternyata tidak sebenarnya balance! Bagaimana mungkin aku boleh mengatakan aku telah memberi perkhidmatan yang cemerlang? Contohnya, kerana mengejar stretch 2, aku memberi 'diskaun' terhadap amalan yang lain, i.e. solat dihujung waktu, solat ekspress (tonggang tonggek, less than 5 minutes done!). Itu baru yang wajib, belum lagi bila menganalisa yang sunat2, initiatives untuk dapat stretch 2 dengan tuhan pula! Astaghfirullahal a'zim... Banyak yang perlu aku toleh semula untuk muhasabah diri sendiri.

Saat ini juga, persepsi aku tentang
i deserve to get a rating 2 but eventually i got rating 3 berubah sama sekali! Secara automatik, aku merasa redha dan pasrah atas keputusan itu. Semudah itu? Iya! kerana bila kita bermuhasabah semula, layakkah diriku mendapat keputusan sebegitu? Itu baru tanggungjawab dengan pencipta, belum lagi mungkin kesilapan2 kecil atau besar yang aku sedar atau tidak sedar sepanjang tempoh aku ingin mendapatkannya. Tapi, aku bersyukur kerana majikan masih mengiktiraf diriku dan perkhidmatan ku. Aku tahu aku mampu menjadi contoh satu hari nanti, bukan hanya kerana perkhidmatan cemerlang dalam bekerja, malah khidmat kepada tuhan. I was informed that my job performance (rating 2) was overwritted by my leadership result. walaupun overall leadership result was 2, but there was one remark from peer that sinked down my overall performance to 3. Only because one remark! Ini ternyata, aku harus melihat semula kelemahan diriku sebagai manusia, ada ketikanya, mungkin aku kelihatan sebagai role model, tetapi ada ketikanya, tak mungkin aku boleh memuaskan hati semua orang. Itulah yang harus juga ku jaga dan urusi. Dan muhasabah diri itu penting kini untukku bagi menjaga sahsiah diriku untukku menjadi true muslimah disamping hubungan baik dengan Allah dan manusia; "Hablum minallah wa hablum minannas."

Ya Allah, besarnya hikmahMU. Luasnya rezekiMU kepada hambaMU. Aku pasrah, aku redha walaupun niatku untuk berbakti kepada orang tua ku sedikit tertunda. Tapi aku masih mampu berbakti dengan cara yang lain. Paling penting, meningkatkan mutu perkhidmatan kepadaMU hari demi hari. Tiada yang lebih tinggi pengiktirafanMU selain menjadi ahli syurgaMU. itulah sepatutnya
ultimate goal yang sepatutnya ada kepada setiap hamba2MU.


Berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan bagimu, Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahKU akan masuk nerakan jahanam dalam keadaan hina dina.[Al-Mukminun, ayat 60]

Maka, adalah WAJIB bagi setiap Muslim untuk mempercayai rezeki Allah ada di mana asalkan setiap antara kita berusaha dan bertawakal kepadaNYA. Paling penting, tidak melupakanNYA kerana akhirnya Allah akan memberi balasan atau menunjukkan kekuasaanNYA pada manusia yang kufur dengan nikmatNYA atau melupakanNYA. Aku sanagat bersyukur kerana aku disedarkan sekarang, bukannya 2,3 tahun akan datang! Inilah kasih sayang Allah kepadaku dan aku sangat bersyukur. Sudah aku redha atas segala ketentuanNYA dan rezekiNYA kepadaku. Insyaallah aku akan bekerja lebih keras untuk meningkatkan perkhidmatanku, bukan sahaja pada syarikat, tp untuk pencipta ku juga. Berdoa lah dengan konsisten, tulus dan penuh pengharapan, nescaya Allah akan mendengarnya :)



Wallahua'lam.



Hadis-hadis Nabi

1) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

2) Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

3) Dari Yahya b. Muadz bahawa dia berkata; "Sesungguhnya didalam perkataan Syaaban mengandungi 5 huruf, yang masing-masing huruf merupakan singkatan anugerah kepada orang yang beriman." - Sahih Muslim

4) Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

5) Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

6) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang sunat atau fardu dengan memakai serban menyamai 25 kali sembahyang yang tidak memakai serban dan sembahyang Jumaat dengan serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban." - Riwayat Ibnu Asakir

7) Nabi s.a.w. bersabda; "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah daripada dosanya 36 kali perzinaan." - Riwayat Ahmad & Atthabarani dari Abdullah b. Handhalah

8) Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

9) Dari Sahl bin Saad r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab mereka masuk berturut-turut sedangkan rupa mereka seperti cahaya bulan pada malam purnama." - Sahih Bukhari

10) Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

11) Nabi s.a.w. bersabda; "Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; i)kikir ii)budi pekerti yang jahat." - Riwayat Atthurmidzi

12) Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.

13) Nabi s.a.w. bersabda; "Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih; kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanilah orang-orang mati dengan kain putih." - Riwayat Ahmad

14) Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ada 2 perkara yang keduanya dapat menyebabkan mereka menjadi kafir iaitu mencela keturunan (orang lain) dan meratapi mayat." - Sahih Muslim


15) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berperang untuk menegakkan (agama) Allah, maka itu fisabilillah." - Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Musa Al-Assyari r.a.


16) Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid sesudah makan dan minum." - Sahih Muslim

17) Dari Anas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Yang menghantar jenazah ada tiga macam, yang dua kembali satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya." - Sahih Muslim

18) Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi bersabda; "Sebaik-baik hari ialah Jumaat kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk Syurga, pada hari itu dia keluar daripadanya dan tidak terjadi Kiamat melainkan pada hari Jumaat." - Sahih Muslim

19) Nabi s.a.w. bersabda; "Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi

20) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah (dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya), seumpama orang puasa yang mengerjakan solat. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan".

21) Dari Abu Aisyah binti Thalhah ia berkata, mengkhabarkan kepadaku Aisyah Ummul mukminin r.a, berkata: "Ketika aku berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, apakah tidak lebih baik kalau kami keluar ikut berjihad bersamamu, kerana dalam Al-Quran tiada aku lihat amalan yang lebih utama daripada jihad." Jawab beliau: "Tidik, kerana sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur.

22) Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan".

23) Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Kelak akan datang suatu masa, di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang lelaki di kuntit oleh empat puluh orang wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu akan terjadi, kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan. "

24) Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki, dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa busana, dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa busana."

25) Rasulullah saw; bersabda: "Seutama-utama dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki yaitu dinar yang dinafkahkan olehnya untuk keluarganya. Dinar yang dinafkahkan olehnya untuk kuda di jalan Allah. Dan dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki untuk teman-temannya di jalan Allah".

26) Kata Jumai' bin Umair: "Pada suatu kali aku bersama ibuku dan mak cikku pernah berkunjung ke rumah Aisyah untuk menanyakan bagaimanakah biasanya yang dilakukan oleh Nabi saw, jika salah satu isterinya sedang haid? Jawab Aisyah: "Biasanya jika salah satu isterinya sedang haid, maka Nabi saw menyuruhnya untuk bersarung dengan sarung yang agak longgar, lalu beliau mengumpuli atau mencumbuinya di bahagian dada dan kedua payu daranya."

27) Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :"Kalau bukanlah kerana pengkhianatan Hawa, nescaya wanita tidak akan khianat selama-lamanya kepada suaminya."

28) Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah (sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak. dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma tidak berbau tetapi rasanya manis Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi baunya wangi tetapi rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah (sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit.
Hadis sahih riwayat Muslim.

29) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

30) Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

31) Dari Yahya b. Muadz bahawa dia berkata; "Sesungguhnya didalam perkataan Syaaban mengandungi 5 huruf, yang masing-masing huruf merupakan singkatan anugerah kepada orang yang beriman." - Sahih Muslim

32) Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

33) Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

34) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang sunat atau fardu dengan memakai serban menyamai 25 kali sembahyang yang tidak memakai serban dan sembahyang Jumaat dengan serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban." - Riwayat Ibnu Asakir

35) Nabi s.a.w. bersabda; "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah daripada dosanya 36 kali perzinaan." - Riwayat Ahmad & Atthabarani dari Abdullah b. Handhalah

36) Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

37) Dari Sahl bin Saad r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab mereka masuk berturut-turut sedangkan rupa mereka seperti cahaya bulan pada malam purnama." - Sahih Bukhari

38) Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

39) Nabi s.a.w. bersabda; "Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; i)kikir ii)budi pekerti yang jahat." - Riwayat Atthurmidzi

40) Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.

Aku insan biasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku terpanggil untuk menghimpunkan hadis2 yang kudapati, samada dr buku2 bacaanku, ceramah2, blog2 mahupun media massa dan elektronik yang lain. Semoga apa yang dilakukan menjadi manfaat bersama.

Aku antara insan yang mahu menghayati indahnya islam dengan lebih baik. Aku tidak mengkategorikan diriku sebagai seorang yang teruk atau rosak, tetapi manusia itu sifatnya lalai. Maka aku mengharapkan usaha ku bukan hanya untuk mengingati diriku tentang kewajipanku sebagai seorang muslim, malah untuk kebaikan untuk semua secara keseluruhannya.

Aku hanya seorang insan biasa,
Punya kekurangan, punya kelemahan,
Tapi aku punya harapan,
menjadi hambaMU yang bertaqwa.

Aku hanya seorang insan biasa,
Mudah hanyut dengan bisikan nafsu,
lalai itu sifatnya manusia,
Kerna itu perlunya ingatan selalu.

Aku hanya seorang insan biasa,
Yang mendambakan kasihMU yang tak bertepi,
Rinduku padaMU menggunung tinggi,
Kini kembali mencari cinta.

Ya Allah berikanku kekuatan,
CintaMU itu mahu ku tawan,
Agar tidak ku tergelincir jalan,
Siratul Mustakim menjadi titian idaman.

Amin Ya Rabbal a'lamin

Syuhada - Sheikh Ahmad Yasin & Dr. Rantisi





Mengingati saat2 dua rakan karib ini meninggalkan dunia angkara helikopter Apache.Perginya mereka tak berganti,malah syiar Islam semakin marak membara diteruskan sahabat seperjuangan dan rakyat Palestine.Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah (dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya), seumpama orang puasa yang mengerjakan solat. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan".

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harokah

Monday, April 12, 2010

Kerahsiaan dan Kejujuran

Olahan: Iemarahimah

Kerahsiaan (confidentiality) dan kejujuran (honesty). 2 perkara penting yang aku pelajari at office today. Sejak bertukar ke Kertih, aku mempelajari banyak perkara yang membantu karier ku untuk bermula di sana. antaranya audit by external or 3rd party. Dan rentetan dari audit yang di jalankan, bermulalah episod kesibukan dan pembelajaranku di sini. It also led to initiative yang besar. Seperti biasalah, auditor pasti akan sentiasa dari semasa ke semasa menghubungi untuk mendapatkan perkembangan terkini dan semasa. Sebagai orang baru seperti aku, audit adalah antara perkara yang besar yang perlu di handle dengan sebaik mungkin bagi menjamin ketelusan dan ketepatan data. Tapi, sejauh manakah tahap kerahsiaan yang perlu dijaga dan dapat dipastikan agar perkara2 yang tidak sepatutnya diketahui pihak luar? Dan bagaimanakah pada masa yang sama kita perlu menjaga lunas2 kejujuran agar kita tidak berbohong kepada pihak berkenaan tetapi hanya reveal perkara2 yang sepatutnya dengan seringkas yang boleh?

Kerahsiaan (confidentiality)

Kerahsiaan atau di dalam bahasa arab ialah Hazar, ia bermaksud menjaga, mengumpul, menyimpan dengan hati2. Dengan erti kata lain, ia adalah satu sikap berhati2 dalam menjaga dan menyimpan maklumat2 serta himpunan rahsia dari perkara yang menakutkan dan dari orang2 yang benci kepadanya. Perkataan yang sinonim dengannya adalah waspada, di mana seseorang perlu berwaspada dan berhati2 bagi mengurangkan akibat atau risiko yang mungkin akan timbul disebabkan perkara2 yang tidak sepatutnya disebarkan atau diserlahkan. Ada pro and cons bagi seseorang yang mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi. Selalu sahaja dalam pekerjaan, kita di minta untuk menjaga maklumat2 syarikat dengan baik agak tidak jatuh ke tangan pihak pesaing atau lawan. Justeru, terdapat kebaikannya di mana syarikat dapat mengekalkan tahap kebersaingannya dengan pesaing yang lain malahan dapat membantu syarikat mengekalkan tahap kecemerlangan. Antara kebaikan yang lain, kita akan lebih berhati2 dalam mengatur agenda dan perancangan dengan teliti kerana telah mengalami jatuh bangun yang mungkin menyakitkan pada masa lalu. Sekiranya kita tidak membuat kesilapan, kita tidak akan mengetahui apakah benda yang kita lakukan itu benar2 salah ataupun tidak. tetapi, perlulah kesalahan yang di lakukan itu kesalahan yang tidak sengajakan atau tidak diketahui impaknya di masa akan datang. Ini akan menjadikan proses kematangan lebih berhasil.

Namun, terdapat juga kelemahan yang perlu diketahui dari sikap waspada atau kerahsiaan yang tinggi ini. Antaranya merasakan diri seorang yang lemah dan takut pada bayang2 sendiri. Diri akan sentiasa berfikir semua perkara harus dirahsiakan menyebabkan kadangkala sesetengah perkara akan membuatkan orang lain, contohnya dlam situasi bekerja, i.e. pihak pengurusan tidak dapat melakukan keputusan yang wajar dan penting hanya kerana anda terlalu berahsia dan berwaspada. Seharusnya, diri sendiri harus pandai menepis apa yang patut dan tidak patut dikatakan. tetapi tidaklah perlu hingga ke tahap berbohong dan menipu. Itu bukan sahaja merugikan diri sendiri, malahan akan menyebabkan kesusahan dan dimurkai Allah. Dari riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda: "
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…”
Maka, adalah penting untuk sebenarnya mengetahui betapa sifat berahsia itu penting bagi setiap orang, tetapi perlulah diolah dan digunakan pada cara, masa dan tempat yang betul.

Kejujuran (Honesty)

Bagaimana pula kejujuran? Ini adalah antara perkara yang paling penting perlu ada pada setiap manusia. Sabda Rasulullah SAW: "Wajib atas kalian untuk jujur, sebab jujur itu akan membawa kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan jalan ke syurga, begitu pula seseorang sentiasa jujur dan memperhatikan kejujuran, sehingga akan termaktub di sisi Allah atas kejujurannya. Sebaliknya, janganlah berdusta, sebab dusta akan mengarah pada kejahatan, dan kejahatan akan membawa ke neraka, seseorang yang sentiasa berdusta, dan memperhatikan kedustaannya, sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta" (HR. Bukhari-Muslim dari Ibnu Mas'ud). Ternyata, banyak yang boleh kita pelajari dari sabda Nabi di atas. Betapa kejujuran itu penting setiap saat kerana akibat dari tidak jujur atau menipu, manusia akan hilang rasa percaya dan yakin terhadap seseorang itu, dan ia bukan hanya akibat jangka masa pendek, tetapi seseorang akan tetap tidak dipercayai untuk tempoh masa yang panjang. Sekiranya dia diterima, barangkali sedikit sebanyak kepercayaan terhadapnya telah terhakis. Namun, in certain circumstances, perlukah kita menjadi terlalu jujur hingga perlu memberi report yang terlalu detail to your competitor or 3rd party until it trigger something else?


Pendapatku, menjadi seseorang yang jujur adalah sifat yang sangat terpuji, namun perlulah kita membezakan antara jujur atau lurus bendul. Terlalu lurus akan menimbulkan masalah lain termasuk membuka pekung sendiri, contohnya menyerlahkan kelemahan diri sendiri serta kelemahan organisasi. Tidak perlu berbohong, tetapi kata2 perlulah diringkaskan seringkas yang boleh agar tidak banyak rahsia yang akan terdedah. Secara langsung, ia berkait semula dengan kerahsiaan yang dinyatakan di atas, malah berkait dengan hadis nabi di atas juga. Apa yang hendak dikatakan perlu disusun, dan perlulah difikirkan sebelum dituturkan. Firman Allah bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" (At-Taubah :119). Selalunya, seseorang yang berkata jujur kerana membuktikan keikhlasannya dalam berkata2 disamping memelihara kepercayaan masyarakat terhadap dirinya. Tetapi, sejauh mana seseorang dapat menilai dan yakin bahawa keikhlasannya dihargai oleh orang lain atau hanya diambil kesempatan? Apatah lagi, di zaman yang penug cabaran ini, lebih banyak musuh yang bertopengkan manusia yang mengambil kesempatan di atas kejujuran seseorang terutama melalui kata2 yang dituturkan kerana terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata, mampu membinasakan.

Oleh itu, secara amnya adalah penting menjadi manusia yang jujur, namun jangan menjadi lurus bendul hingga menyebabkan kata2 boleh disalahertikan dan mengundang kesulitan di masa akan datang. Walaupun begitu, JANGAN lah sesekali kita menjadi seorang yang munafik, kononnya berkata jujur namun terselindung niat yang tidak baik kerana ia akan merugikan diri sendiri malahan melahirkan persekitaran yang tidak sihat dan generasi yang buruk akhlaknya. Firman Allah SWT,
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, kami mengakui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah Dan Allah SWT mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya, dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu pendusta, mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan" (Al-Munafiquun : 1 - 2). Renung2kanlah dari firman itu wahai rakanku yang dikasihi. Wallahua'lam.







Sunday, April 11, 2010

Mukadimah seuntai kata

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Sebaik2 pembuka bicara dan kalam. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, isteri2 baginda serta rakan2 yang dikasihi.

Pertama sekali, aku bersyukur dan merasa lega kerana aku berjaya mengumpul kekuatan diri untuk membuka blog ku yang kedua dan blog ini akan lebih berkisarkan perjalanan dan luahan hatiku dalam merentas perjalanan mencari redha dan mengumpul lebih banyak kasih sayangNYA. Kedengaran tamak, tapi kasih sayang Allah tak terbatas, malahan hingga ke syurga. Terima kasih juga kepada beberapa blog yang sering ku buka dan ku baca untuk mendapat inspirasi dan kekuatan dalam mencoret bait2 kalam ku sendiri, antaranya iluvislam.com dan saifulislam.com. Kedua2nya malahan beberapa blog lagi banyak memberi aku inspirasi dan kekuatan dalam mencari haluan hidupku yang lebih diberkati dan lebih diredhaiNYA. Aku bersyukur.

Sebenarnya, di dalam diriku kini terlalu banyak konflik yang harus aku rungkai satu persatu, apakah yang aku inginkan dalam hidup, apakah yang aku perlukan untuk menjadi muslimah yang berjaya dunia dan akhirat, dan apakah yang boleh mendorongku mencapai kejayaan itu. Saat ini aku berada di Kertih, Terengganu, jauh dari tempat kelahiranku, Kuala Lumpur. Jauh dari kebisingan, kekalutan dan kesibukan kota. Semakin bising, semakin kalut, semakin sibuk, semakin jauhlah seseorang itu dari penciptaNYA sekiranya diri tak mampu bertahan apatah lagi sekiranya diri mudah terpengarauh dengan persekitaran. Begitu juga diriku, semakin sibuk mengejar kejayaan dan manfaat dunia, semakin renggang aku dari tuhan. Masyaallah. Ada kebaikannya KAU campakkan ku dari kota New York itu Ya Allah, ada hikmahnya KAU biarkan aku berjauhan dari keluarga ku Ya Allah. Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang dapat ku lihat sejak penghijrahan ku ke sini sejak 10 bulan lepas. Meneruskan kerjaya dan merealisasikan impian menjadi pekerja yang cemerlang. Tapi, semakin lama aku di sini, semakain aku banyak berfikir, bukan hanya pekerja cemerlang yang aku inginkan, tapi tak teringinkah aku menjadi hambaNYA yang cemerlang?

Peluang telah diberi padaku sekarang, seperti kata seseorang yang banyak mendorongku di sini, peluang untuk aku shining dan cemerlang di sini adalah sangat tinggi kerana sikapku yang berani, sangat proaktif dan stand up. Aku bisa mengecapi kejayaan, berbaloi dengan usaha ku. Aku berterima kasih, bersyukur kerana ada insan yang banyak memberi aku peluang dan mempercayai bakatku dalam mengembangkan syarikat dan kebolehanku. Setelah aku hampir mengecapinya buat kali pertama, aku terfikir... Ini sahajakah yang mampu ku lakukan? Apa lagi yang mampu membuat aku stand up dan berjaya? Tapi dunia sahaja kah? Selidik punya selidik, ku rasakan... aku sudah lama agak renggang denganNYA. Tidak selalu lagi menganyam rindu, cinta dan pujuk rayu kepadaNYA. Mudah melupakanNYA tatkala aku dihambat kesibukan kerja. Tapi DIA beri aku jalan. Beri aku peringatan demi peringatan yang DIA semakin merinduiku kerana aku mengasingkan diri dariNYA sekian lama. Dan itulah antara motif DIA mencampakkan aku di sini, jauh dari hanya bergesel dengan big bosses di Key Hell, malahan mengajak aku mendekatkan diri kepadaNYA semula.

Argghh...sungguh indah waktu2 dahulu. Aku sangat mencintai dunia dan ilmu taranum Al-quran. bertasmik dan bertalaqi bersama rakan2 seperjuangan dan guru merupakan one of the best moment that i had. I wish i could turn back time, menjadi murid yang lebih rajin sedikit, itu sepatutnya lebih senang ku lakukan ketika di ibukota kerana kelas pengajian hanya 2x sebulan, dan tiada sebab aku tidak boleh menghadirkan diri ke majlis ilmu itu. Tapi, kerana disiplin diri yang merosot, kerana mengejar gading dunia, membuatkan aku lupa seketika, dan tatkala aku berada di sini pula, aku semakin teringat2 segala kenangan lama yang menggamit aku. Indahnya saat itu. Rindu mendengar alunan2 taranum dari qari dan qariah tersohor dan disegani seperti Kak Ila (Sh Khasif Fadzilah, qariah antarabangsa malaysia), Amirrahman, Anuar Hasin, Ustaz Anuar, Ustaz Wan, Ustaz Nik, Ustaz Rahim (guru kami), Adik Muhammad, Kak Lin (Kak Malina yang disayangi. Tatkala ini aku merindui kakakku yang seorang ini), Suhaiza, Kak Yam, Kak Norul Hasliza, kak Yati dan ramai lagi. Betapa aku merindui saat2 gurauan dan usikan mereka semasa kelas, mendengar bacaan Al-Quran yang mengasyikkan. Aku kira, telingaku sudah hampir mahu bernanah kerana setiap hari disogok dengan lagu2 yang ntah hapa2, kerana itu aku sudah bertukar hampir sepenuhnya kepada IKIM dan mendengar Mp3 nasyid. Aku perlu makanan rohani ini, jika tidak, semakin berbisa lah hatiku tanpa ubat dan penawar.

Hari demi hari, aku berdoa dan berharap agar konflik yang melanda hati dan diriku dapat dirungkai satu persatu, insyaallah. Maka, eventually, kebahagiaan akan bertandang di hati dan diri dan kesempurnaan yang di cari akan terbentang untuk disempurnakan. Bukanlah makhluk yang maksum, namun aku mahu berusaha menjadi yang terbaik dan mendapat kasih sayangNYA ayang tak bertepi. Seperti kata2 Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, "Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan, hilangnya permusuhan, hidup dihiasi amal soleh dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa nafsu". Aku berdoa semoga hatiku kuat untuk melayari cabaran hidup sehari2 demi keredhaanNYA dan kebahagiaan hidupku di dunia dan akhirat. Ameen...

Wallahua'lam.