Wednesday, June 2, 2010

Mencari redha dan gembira Allah dengan seekor kucing

Bismillahirrahmnirrahim...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Hari ini merupakan hari yang saya rasakan agak panjang dan meletihkan buat diri saya. Mungkin kerana kondisi badan yang tidak berapa sihat dan anggota2 badan yang lenguh di sana sini. Malah, ia mempengaruhi kesukaan saya untuk bekerja. Semoga dengan mendapat rehat yang mencukupi malam ini akan melegakan serba sedikit otot-otot sekaligus memulakan hari esok dengan lebih baik. Syafakillah.

Blog ini juga sudah lama tidak saya
update, lantaran kesibukan yang agak melampau kebelakangan ini. Tetapi, walaupun saya merasa sangat keletihan hari ini, tetapi saya sangat ingin berkongsi sesuatu yang sangat mencuit hati dan menggembirakan saya tatkala saya memakirkan kereta saya di parkir rumah. Sebaik sahaja saya membuka pagar rumah, kawanan kucing segera memanjat pagar rumah saya dan menanti saya di hadapan pintu rumah. Dan, apabila saya keluar dari perut kereta sahaja, kawanan itu terus mengiau2 menandakan mereka kelaparan, termasuklah seekor kucing yang kini menjadi penghuni tetap rumah saya, gedik. Kemungkinan besar kawanan ini termasuk gedik melakukan begitu setiap hari apabila saya pulang dari kerja, tapi hanya hari ini saya sangat menyedarinya kerana saya terlihat bagaimana kawanan kucing ini mengejar kereta saya dan memanjat pagar rumah untuk menanti saya di hadapan pintu rumah.

Subhanallah! Tiba2 gelagat mereka betul2 mencuit saya dan saya juga dari kepenatan terus menjadi gembira dan ketawa melihat mereka bersahut2an meminta disuapkan. Tatkala itu, saya mula menyedari betapa kawanan kucing ini telah pun recognize apa sahaja yang berkaitan saya, bau badan saya, gaya jalan saya, ngauman kereta saya, suara saya malah apabila saya mendekati pintu dari dalam rumah sedangkan pintu rumah terkunci pun, mereka sudah mula mengiau. Ini diakui oleh
housemates saya kerana agak jarang mereka akan 'menyerbu' housemates saya untuk meminta makanan kecuali jika saya juga berada di situ. Saya bertanya juga dengan diri sendiri, "bagaimana kucing2 ini sehingga boleh mengenali saya dan hanya mendekati saya sahaja (kecuali gedik yang sudah manja dengan kami bertiga)?" Dahulu saya agak ragu2 untuk memberi makanan kepada kesemua 5 ekor kucing itu. Tetapi apabila melihat wajah kasihan dan sedih mereka apabila saya memberi makan kepada gedik di luar rumah apatah lagi seekor dari mereka sedang bunting (gedik tidak saya benarkan berada di dalam rumah kecuali masa2 tertentu), saya akhirnya perlahan2 memberi makan kepada kucing2 itu. Mula2, hanya 2 ekor, kemudian menjadi 3 dan akhirnya kini menjadi 5 ekor. Bayangkan setiap pagi dan petang selepas pulang dari kerja, mereka akan terus menanti saya tatkala saya melangkah keluar dari kereta. Kini, setiap bulan, 3KG atau lebih makanan kucing akan saya beli untuk makanan mereka kerana saya rasa itulah yang paling senang untuk diberi. Semakin hari juga, saya lihat mereka semakin sihat. Alhamdulillah.


Inilah Gedik yang semakin gemuk dari hari ke hari :D

Benar sekiranya kita membela atau memberi makan kucing, ia akan menurunkan kadar darah tinggi dan stress compared to mereka yang suka menyeksa atau tidak menyukai kucing kerana kucing ini adalah haiwan yang sangat manja. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a. yang mendengar Rasulullah Saw bersabda tentang kucing, “Ia tidak najis. Ia binatang yang sering keliling di antara kalian.” Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Saya tidak menafikan yang saya sangat menyukai kucing. Malah tidak memilih untuk membela atau mempunyai apa saja jenis kucing, lantaran ada antara kita yang juga menyukai kucing, tetapi mempunyai '
taste' tertentu dalam memilih dan memelihara kucing. Saya juga tidak membela kucing yang berkurap, tetapi saya akan memastikan kucing2 begini tetap diberi makan. Saya merasa kagum dengan bapa saya sendiri, sehingga saya rasa tidak salah saya menggelarnya juga "Abu Hurairah" yang bermaksud Bapa Kucing kerana tidak ada kucing yang tidak suka padanya. Malahan, banyak kucing2 yang enggan menghampiri kami sekeluarga, yang bebas berkeliaran di luar tetapi akan datang menghampiri dan bermanja dengan ayah saya sekiranya dipanggil. Ayah saya sudah menjadi pekedai runcit selama berpuluh2 tahun lamanya. Walaupun pendapatan tidak seberapa, tetapi yang dikagumi, ayah saya pasti akan allocate ikan2 untuk dibahagi kepada kumpulan2 kucing yang berkeliaran dan kelaparan di kawasan ayah saya berniaga. Maka semakin hari, semakin banyaklah kucing yang datang sehingga boleh dikatakan satu hari boleh dikatakan hampir 20 ekor kucing akan diberi makan oleh ayah saya yang mana mereka adalah kucing yang tidak punya tuan dan berkeliaran. Semoga Allah membalas dan memberkati hidup ayah saya kerana keikhlasannya memberi makan kepada kucing2 itu.

Sejujurnya, kadang2 saya juga merungut kerana kini seperti komitmen untuk saya membeli makanan kucing setiap bulan untuk di beri makan. Tetapi setelah melihat sendiri gelagat kawanan kucing itu tadi, saya menjadi sangat tersentuh kerana kucing2 itu. Sungguh! Tiba2 hati menjadi sayang dan saya tidak teragak2 mengusap mereka (kebelakangan ini mereka menjadi jinak dengan saya berbanding dahulu yang akan menanti makanan dari jauh dan mendekati makanan setelah saya berlalu) walaupun salah seekor mempunyai sedikit kurap. Saya teringat hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu, di mana meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan." Lihatlah betapa Allah melaknat manusia yang tidak mempunyai kasih sayang dengan makhluk Allah yang lain.


Inilah BiBi, kucing kesayangan keluarga kami di KL. Seekor kucing yang sangat mulia kerana merelakan dirinya menyusukan anak2 kucing terbiar yang bukan anaknya sendiri sehingga sihat

Saya ingin memetik satu peristiwa di zaman Rasulullah SAW, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing). Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.


Malah, di dalam satu lagi hadis, Rasulullah tidak mengangkat kucing sebagai binatang yang jijik di mana
diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut, lalu ia membersihkan bahagian yang disentuh kucing, lalu Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Nah, betapa kucing itu bersih dan tidak memudaratkan manusia. Maka, saya ingin sekali mengajak rakan2 untuk menyayangi kucing2 terutama kucing terbiar. Sekiranya tidak mempu menjaganya, sekurang2nya berilah makan dan minum kepada mereka untuk mengurangkan rasa kepayahan dan kelaparan kucing itu. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan anda dan membalasnya dengan ganjaran yang tertinggi di akhirat kelak dengan keikhlasan anda.


Wallahu a'lam :)

0 comments:

Post a Comment