Tuesday, April 20, 2010

Kenyataan hidup disebalik permainan ini...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.

Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. 'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....' 'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.'

'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... ' 'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid. 'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. ALLAHUAKBAR!!

Saturday, April 17, 2010

Redha & berlapang dada lah

Firman Allah SWT:
"Maka
sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal." [Asy Syuura, ayat 36 ]

Aku mulakan dengan firman Allah yang menginsafkan dan mengingatkan aku agar berlapang dada dengan segala ketentuan dan dan kenikmatan hidup di dunia.

Hari ini aku menerima keputusan mengenai
performance rating sepanjang tempoh perkhidmatan FY 09/10. Tidak seperti yang ku duga kerana jika dilihat tahap perkhidmatanku sepanjang tahun, Insyaallah aku telah melakukan dengan cemerlang. Malah aku dikatakan menjadi ikon bagi teman2 sejawatan ku kerana attitude ku yang agresive, proactive and quick leaner. Tetapi rating berubah ketika perbincangan peringkat business unit.Aku menerima keputusan ini dengan hati yang sedikit sedih kerana aku sudah mula merancang menggunakan performance bonus itu untuk membawa kedua orang tua ku menunaikan umrah tahun depan. Tapi, segera aku tersedar. Rating itu tiada apa2 jika dibandingkan dengan ibadah dan keikhlasan ku bekerja sepanjang tempoh tahun lepas. Aku mengenang kembali saat2 yang lepas. Pasti ada hikmah yang terselit yang pasti ingin menyedarkan aku atas kesilapanku dan kelemahanku sepanjang tempoh itu. Sebenarnya, bukan tempoh itu sahaja, tetapi sepanjang tempoh diriku 'berkhidmat' untuk Allah!

"Sesiapa berbuat baik, maka kembali kebaikannya itu kepada dirinya, dan siapa berbuat jahat, maka kembali kejahatannya itu kepada dirinya." [Al-Israk, ayat 7]

Jika dilihat balik perkhidmatan kepada Allah vs perkhidmatan kepada syarikat, mana satu yang aku lebihkan? Adakah cukup
balance yang aku lakukan atau sebaliknya? Firman Allah di atas sudah cukup menjelaskan banyak kelemahan dan kesilapan yang aku lakukan. Mungkin secara mata kasarnya, kerja2 yang aku lakukan cukup cemerlang, tapi bagaimana tanggungjawabku pada pencipta? Cukup cemerlangkah? Tidak! itulah jawapan pertama yang keluar dari hatiku. bukan dari mulut. Mulut bisa berbohong, tp tidak hati. Sekiranya hati sakit, maka sakitlah keseluruhan manusia itu.


Mungkin inilah antara hikmahnya aku dihantar ke sini. Selain meningkatkan mutu perkhidmatanku pada syarikat, aku juga MESTI meningkatkan mutu perkhidmatanku kepada Maha Pencipta. Bila ditimbang, ternyata tidak sebenarnya balance! Bagaimana mungkin aku boleh mengatakan aku telah memberi perkhidmatan yang cemerlang? Contohnya, kerana mengejar stretch 2, aku memberi 'diskaun' terhadap amalan yang lain, i.e. solat dihujung waktu, solat ekspress (tonggang tonggek, less than 5 minutes done!). Itu baru yang wajib, belum lagi bila menganalisa yang sunat2, initiatives untuk dapat stretch 2 dengan tuhan pula! Astaghfirullahal a'zim... Banyak yang perlu aku toleh semula untuk muhasabah diri sendiri.

Saat ini juga, persepsi aku tentang
i deserve to get a rating 2 but eventually i got rating 3 berubah sama sekali! Secara automatik, aku merasa redha dan pasrah atas keputusan itu. Semudah itu? Iya! kerana bila kita bermuhasabah semula, layakkah diriku mendapat keputusan sebegitu? Itu baru tanggungjawab dengan pencipta, belum lagi mungkin kesilapan2 kecil atau besar yang aku sedar atau tidak sedar sepanjang tempoh aku ingin mendapatkannya. Tapi, aku bersyukur kerana majikan masih mengiktiraf diriku dan perkhidmatan ku. Aku tahu aku mampu menjadi contoh satu hari nanti, bukan hanya kerana perkhidmatan cemerlang dalam bekerja, malah khidmat kepada tuhan. I was informed that my job performance (rating 2) was overwritted by my leadership result. walaupun overall leadership result was 2, but there was one remark from peer that sinked down my overall performance to 3. Only because one remark! Ini ternyata, aku harus melihat semula kelemahan diriku sebagai manusia, ada ketikanya, mungkin aku kelihatan sebagai role model, tetapi ada ketikanya, tak mungkin aku boleh memuaskan hati semua orang. Itulah yang harus juga ku jaga dan urusi. Dan muhasabah diri itu penting kini untukku bagi menjaga sahsiah diriku untukku menjadi true muslimah disamping hubungan baik dengan Allah dan manusia; "Hablum minallah wa hablum minannas."

Ya Allah, besarnya hikmahMU. Luasnya rezekiMU kepada hambaMU. Aku pasrah, aku redha walaupun niatku untuk berbakti kepada orang tua ku sedikit tertunda. Tapi aku masih mampu berbakti dengan cara yang lain. Paling penting, meningkatkan mutu perkhidmatan kepadaMU hari demi hari. Tiada yang lebih tinggi pengiktirafanMU selain menjadi ahli syurgaMU. itulah sepatutnya
ultimate goal yang sepatutnya ada kepada setiap hamba2MU.


Berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan bagimu, Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahKU akan masuk nerakan jahanam dalam keadaan hina dina.[Al-Mukminun, ayat 60]

Maka, adalah WAJIB bagi setiap Muslim untuk mempercayai rezeki Allah ada di mana asalkan setiap antara kita berusaha dan bertawakal kepadaNYA. Paling penting, tidak melupakanNYA kerana akhirnya Allah akan memberi balasan atau menunjukkan kekuasaanNYA pada manusia yang kufur dengan nikmatNYA atau melupakanNYA. Aku sanagat bersyukur kerana aku disedarkan sekarang, bukannya 2,3 tahun akan datang! Inilah kasih sayang Allah kepadaku dan aku sangat bersyukur. Sudah aku redha atas segala ketentuanNYA dan rezekiNYA kepadaku. Insyaallah aku akan bekerja lebih keras untuk meningkatkan perkhidmatanku, bukan sahaja pada syarikat, tp untuk pencipta ku juga. Berdoa lah dengan konsisten, tulus dan penuh pengharapan, nescaya Allah akan mendengarnya :)



Wallahua'lam.



Hadis-hadis Nabi

1) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

2) Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

3) Dari Yahya b. Muadz bahawa dia berkata; "Sesungguhnya didalam perkataan Syaaban mengandungi 5 huruf, yang masing-masing huruf merupakan singkatan anugerah kepada orang yang beriman." - Sahih Muslim

4) Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

5) Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

6) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang sunat atau fardu dengan memakai serban menyamai 25 kali sembahyang yang tidak memakai serban dan sembahyang Jumaat dengan serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban." - Riwayat Ibnu Asakir

7) Nabi s.a.w. bersabda; "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah daripada dosanya 36 kali perzinaan." - Riwayat Ahmad & Atthabarani dari Abdullah b. Handhalah

8) Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

9) Dari Sahl bin Saad r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab mereka masuk berturut-turut sedangkan rupa mereka seperti cahaya bulan pada malam purnama." - Sahih Bukhari

10) Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

11) Nabi s.a.w. bersabda; "Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; i)kikir ii)budi pekerti yang jahat." - Riwayat Atthurmidzi

12) Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.

13) Nabi s.a.w. bersabda; "Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih; kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanilah orang-orang mati dengan kain putih." - Riwayat Ahmad

14) Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ada 2 perkara yang keduanya dapat menyebabkan mereka menjadi kafir iaitu mencela keturunan (orang lain) dan meratapi mayat." - Sahih Muslim


15) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berperang untuk menegakkan (agama) Allah, maka itu fisabilillah." - Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Musa Al-Assyari r.a.


16) Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid sesudah makan dan minum." - Sahih Muslim

17) Dari Anas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Yang menghantar jenazah ada tiga macam, yang dua kembali satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya." - Sahih Muslim

18) Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi bersabda; "Sebaik-baik hari ialah Jumaat kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk Syurga, pada hari itu dia keluar daripadanya dan tidak terjadi Kiamat melainkan pada hari Jumaat." - Sahih Muslim

19) Nabi s.a.w. bersabda; "Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi

20) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah (dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya), seumpama orang puasa yang mengerjakan solat. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan".

21) Dari Abu Aisyah binti Thalhah ia berkata, mengkhabarkan kepadaku Aisyah Ummul mukminin r.a, berkata: "Ketika aku berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, apakah tidak lebih baik kalau kami keluar ikut berjihad bersamamu, kerana dalam Al-Quran tiada aku lihat amalan yang lebih utama daripada jihad." Jawab beliau: "Tidik, kerana sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur.

22) Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan".

23) Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Kelak akan datang suatu masa, di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang lelaki di kuntit oleh empat puluh orang wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu akan terjadi, kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan. "

24) Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki, dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa busana, dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa busana."

25) Rasulullah saw; bersabda: "Seutama-utama dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki yaitu dinar yang dinafkahkan olehnya untuk keluarganya. Dinar yang dinafkahkan olehnya untuk kuda di jalan Allah. Dan dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki untuk teman-temannya di jalan Allah".

26) Kata Jumai' bin Umair: "Pada suatu kali aku bersama ibuku dan mak cikku pernah berkunjung ke rumah Aisyah untuk menanyakan bagaimanakah biasanya yang dilakukan oleh Nabi saw, jika salah satu isterinya sedang haid? Jawab Aisyah: "Biasanya jika salah satu isterinya sedang haid, maka Nabi saw menyuruhnya untuk bersarung dengan sarung yang agak longgar, lalu beliau mengumpuli atau mencumbuinya di bahagian dada dan kedua payu daranya."

27) Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :"Kalau bukanlah kerana pengkhianatan Hawa, nescaya wanita tidak akan khianat selama-lamanya kepada suaminya."

28) Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah (sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak. dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma tidak berbau tetapi rasanya manis Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi baunya wangi tetapi rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah (sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit.
Hadis sahih riwayat Muslim.

29) Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

30) Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

31) Dari Yahya b. Muadz bahawa dia berkata; "Sesungguhnya didalam perkataan Syaaban mengandungi 5 huruf, yang masing-masing huruf merupakan singkatan anugerah kepada orang yang beriman." - Sahih Muslim

32) Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

33) Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

34) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang sunat atau fardu dengan memakai serban menyamai 25 kali sembahyang yang tidak memakai serban dan sembahyang Jumaat dengan serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban." - Riwayat Ibnu Asakir

35) Nabi s.a.w. bersabda; "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah daripada dosanya 36 kali perzinaan." - Riwayat Ahmad & Atthabarani dari Abdullah b. Handhalah

36) Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

37) Dari Sahl bin Saad r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab mereka masuk berturut-turut sedangkan rupa mereka seperti cahaya bulan pada malam purnama." - Sahih Bukhari

38) Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

39) Nabi s.a.w. bersabda; "Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; i)kikir ii)budi pekerti yang jahat." - Riwayat Atthurmidzi

40) Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.

Aku insan biasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku terpanggil untuk menghimpunkan hadis2 yang kudapati, samada dr buku2 bacaanku, ceramah2, blog2 mahupun media massa dan elektronik yang lain. Semoga apa yang dilakukan menjadi manfaat bersama.

Aku antara insan yang mahu menghayati indahnya islam dengan lebih baik. Aku tidak mengkategorikan diriku sebagai seorang yang teruk atau rosak, tetapi manusia itu sifatnya lalai. Maka aku mengharapkan usaha ku bukan hanya untuk mengingati diriku tentang kewajipanku sebagai seorang muslim, malah untuk kebaikan untuk semua secara keseluruhannya.

Aku hanya seorang insan biasa,
Punya kekurangan, punya kelemahan,
Tapi aku punya harapan,
menjadi hambaMU yang bertaqwa.

Aku hanya seorang insan biasa,
Mudah hanyut dengan bisikan nafsu,
lalai itu sifatnya manusia,
Kerna itu perlunya ingatan selalu.

Aku hanya seorang insan biasa,
Yang mendambakan kasihMU yang tak bertepi,
Rinduku padaMU menggunung tinggi,
Kini kembali mencari cinta.

Ya Allah berikanku kekuatan,
CintaMU itu mahu ku tawan,
Agar tidak ku tergelincir jalan,
Siratul Mustakim menjadi titian idaman.

Amin Ya Rabbal a'lamin

Syuhada - Sheikh Ahmad Yasin & Dr. Rantisi





Mengingati saat2 dua rakan karib ini meninggalkan dunia angkara helikopter Apache.Perginya mereka tak berganti,malah syiar Islam semakin marak membara diteruskan sahabat seperjuangan dan rakyat Palestine.Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah (dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya), seumpama orang puasa yang mengerjakan solat. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan".

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harokah

Monday, April 12, 2010

Kerahsiaan dan Kejujuran

Olahan: Iemarahimah

Kerahsiaan (confidentiality) dan kejujuran (honesty). 2 perkara penting yang aku pelajari at office today. Sejak bertukar ke Kertih, aku mempelajari banyak perkara yang membantu karier ku untuk bermula di sana. antaranya audit by external or 3rd party. Dan rentetan dari audit yang di jalankan, bermulalah episod kesibukan dan pembelajaranku di sini. It also led to initiative yang besar. Seperti biasalah, auditor pasti akan sentiasa dari semasa ke semasa menghubungi untuk mendapatkan perkembangan terkini dan semasa. Sebagai orang baru seperti aku, audit adalah antara perkara yang besar yang perlu di handle dengan sebaik mungkin bagi menjamin ketelusan dan ketepatan data. Tapi, sejauh manakah tahap kerahsiaan yang perlu dijaga dan dapat dipastikan agar perkara2 yang tidak sepatutnya diketahui pihak luar? Dan bagaimanakah pada masa yang sama kita perlu menjaga lunas2 kejujuran agar kita tidak berbohong kepada pihak berkenaan tetapi hanya reveal perkara2 yang sepatutnya dengan seringkas yang boleh?

Kerahsiaan (confidentiality)

Kerahsiaan atau di dalam bahasa arab ialah Hazar, ia bermaksud menjaga, mengumpul, menyimpan dengan hati2. Dengan erti kata lain, ia adalah satu sikap berhati2 dalam menjaga dan menyimpan maklumat2 serta himpunan rahsia dari perkara yang menakutkan dan dari orang2 yang benci kepadanya. Perkataan yang sinonim dengannya adalah waspada, di mana seseorang perlu berwaspada dan berhati2 bagi mengurangkan akibat atau risiko yang mungkin akan timbul disebabkan perkara2 yang tidak sepatutnya disebarkan atau diserlahkan. Ada pro and cons bagi seseorang yang mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi. Selalu sahaja dalam pekerjaan, kita di minta untuk menjaga maklumat2 syarikat dengan baik agak tidak jatuh ke tangan pihak pesaing atau lawan. Justeru, terdapat kebaikannya di mana syarikat dapat mengekalkan tahap kebersaingannya dengan pesaing yang lain malahan dapat membantu syarikat mengekalkan tahap kecemerlangan. Antara kebaikan yang lain, kita akan lebih berhati2 dalam mengatur agenda dan perancangan dengan teliti kerana telah mengalami jatuh bangun yang mungkin menyakitkan pada masa lalu. Sekiranya kita tidak membuat kesilapan, kita tidak akan mengetahui apakah benda yang kita lakukan itu benar2 salah ataupun tidak. tetapi, perlulah kesalahan yang di lakukan itu kesalahan yang tidak sengajakan atau tidak diketahui impaknya di masa akan datang. Ini akan menjadikan proses kematangan lebih berhasil.

Namun, terdapat juga kelemahan yang perlu diketahui dari sikap waspada atau kerahsiaan yang tinggi ini. Antaranya merasakan diri seorang yang lemah dan takut pada bayang2 sendiri. Diri akan sentiasa berfikir semua perkara harus dirahsiakan menyebabkan kadangkala sesetengah perkara akan membuatkan orang lain, contohnya dlam situasi bekerja, i.e. pihak pengurusan tidak dapat melakukan keputusan yang wajar dan penting hanya kerana anda terlalu berahsia dan berwaspada. Seharusnya, diri sendiri harus pandai menepis apa yang patut dan tidak patut dikatakan. tetapi tidaklah perlu hingga ke tahap berbohong dan menipu. Itu bukan sahaja merugikan diri sendiri, malahan akan menyebabkan kesusahan dan dimurkai Allah. Dari riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda: "
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…”
Maka, adalah penting untuk sebenarnya mengetahui betapa sifat berahsia itu penting bagi setiap orang, tetapi perlulah diolah dan digunakan pada cara, masa dan tempat yang betul.

Kejujuran (Honesty)

Bagaimana pula kejujuran? Ini adalah antara perkara yang paling penting perlu ada pada setiap manusia. Sabda Rasulullah SAW: "Wajib atas kalian untuk jujur, sebab jujur itu akan membawa kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan jalan ke syurga, begitu pula seseorang sentiasa jujur dan memperhatikan kejujuran, sehingga akan termaktub di sisi Allah atas kejujurannya. Sebaliknya, janganlah berdusta, sebab dusta akan mengarah pada kejahatan, dan kejahatan akan membawa ke neraka, seseorang yang sentiasa berdusta, dan memperhatikan kedustaannya, sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta" (HR. Bukhari-Muslim dari Ibnu Mas'ud). Ternyata, banyak yang boleh kita pelajari dari sabda Nabi di atas. Betapa kejujuran itu penting setiap saat kerana akibat dari tidak jujur atau menipu, manusia akan hilang rasa percaya dan yakin terhadap seseorang itu, dan ia bukan hanya akibat jangka masa pendek, tetapi seseorang akan tetap tidak dipercayai untuk tempoh masa yang panjang. Sekiranya dia diterima, barangkali sedikit sebanyak kepercayaan terhadapnya telah terhakis. Namun, in certain circumstances, perlukah kita menjadi terlalu jujur hingga perlu memberi report yang terlalu detail to your competitor or 3rd party until it trigger something else?


Pendapatku, menjadi seseorang yang jujur adalah sifat yang sangat terpuji, namun perlulah kita membezakan antara jujur atau lurus bendul. Terlalu lurus akan menimbulkan masalah lain termasuk membuka pekung sendiri, contohnya menyerlahkan kelemahan diri sendiri serta kelemahan organisasi. Tidak perlu berbohong, tetapi kata2 perlulah diringkaskan seringkas yang boleh agar tidak banyak rahsia yang akan terdedah. Secara langsung, ia berkait semula dengan kerahsiaan yang dinyatakan di atas, malah berkait dengan hadis nabi di atas juga. Apa yang hendak dikatakan perlu disusun, dan perlulah difikirkan sebelum dituturkan. Firman Allah bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" (At-Taubah :119). Selalunya, seseorang yang berkata jujur kerana membuktikan keikhlasannya dalam berkata2 disamping memelihara kepercayaan masyarakat terhadap dirinya. Tetapi, sejauh mana seseorang dapat menilai dan yakin bahawa keikhlasannya dihargai oleh orang lain atau hanya diambil kesempatan? Apatah lagi, di zaman yang penug cabaran ini, lebih banyak musuh yang bertopengkan manusia yang mengambil kesempatan di atas kejujuran seseorang terutama melalui kata2 yang dituturkan kerana terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata, mampu membinasakan.

Oleh itu, secara amnya adalah penting menjadi manusia yang jujur, namun jangan menjadi lurus bendul hingga menyebabkan kata2 boleh disalahertikan dan mengundang kesulitan di masa akan datang. Walaupun begitu, JANGAN lah sesekali kita menjadi seorang yang munafik, kononnya berkata jujur namun terselindung niat yang tidak baik kerana ia akan merugikan diri sendiri malahan melahirkan persekitaran yang tidak sihat dan generasi yang buruk akhlaknya. Firman Allah SWT,
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, kami mengakui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah Dan Allah SWT mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya, dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu pendusta, mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan" (Al-Munafiquun : 1 - 2). Renung2kanlah dari firman itu wahai rakanku yang dikasihi. Wallahua'lam.